pantang larang depan propek

PANTANG LARANG DEPAN PROSPEK 5

Muka ketat
Muka petak
Muka muncung cencorot
Muka minta nak kena smack down

Kalau kita ada masalah kekasih,keluarga,cinta hati,masalah inflasi,masalah negara,atau masalah luar negara etc sila kunci diri rapat rapat dalam rumah.

Jangan sibuk nak keluar lepas tu tunjuk muka macam macam patern tu.

Nanti kalau orang tegur kita mengamuk ,kalau orang tak beli kita marah marah ,semua nanti orang yang salah.

Tak ada tercipta lagi rekod di Malaysia ni kalau tak close deal kita akan tuding jari pada kita sendiri.
Kalau siapa boleh mengaku salah memang HEBAT lah.

Jadi hanya berjumpa prospek kalau muka kita memang suci murni senyum je.
Kalau kita rasa tak cukup kasih sayang juga ,sila tambah kasih sayang tu bagi melimpah ruah.

Jangan nak tunjuk bakat depan orang lain.

Adab kita kena tip top.
Baru rezeki melimpah ruah.

Kak Long

Advertisements