pantang larang depan propek

PANTANG LARANG DEPAN PROSPEK-9

Masukkan hp no prospek atau client dalam group

WALAUPUN KITA MINTA IZIN DEPAN PROSPEK ATAU CLIENT.

MOST OF THE TIME MESTI MEREKA KEBERATAN.

Ok yang ini kak long nak tarik nafas panjang panjang sebelum menaip ni.

Sebab ini banyak sangat orang yang buat silap tetapi macam tak bersalah je.

Jangan sesekali masukkan hp no prospek /client kita dalam group.

Tak kisahlah group apa pun dalam hp kita.

Group bakal prospek ke.
Group duda ternama ke.
Group kapal layar ke.

Ramai yang tak suka, tak gemar tak happy just simply tak suka.

Sebab group diorang yang sedia ada ni pun dah cukup menyeksakan dah zahir batin prospek/client kita.

Komunikasi kita hanya melalui email,whats app personal,telegram personal sahaja dan surat menyurat SAHAJA.

Kita bayangkan dengan group yang sedia ada ni pun tangan masing masing gatal je nak TEKAN LEFT GROUP.

Kita pula perasan nak add lagi satu group.

Memang jawabnya seminit lepas tu diaorang LEFT TERUS dan memang mereka tawar hati nanti dengan kita.

Kak Long

Advertisements