pantang larang depan propek

PANTANG LARANG DEPAN PROSPEK-10

Order air sahaja.

Bila kita ada appointment contoh di cafe ,lobby atau tempat yang berpotensi ada F&B kita order air sahaja.

Melainkan nak teman prospek atau client kita makan dan mereka yang offer beriya iya.

Sebab apa tak di galakkan order makanan..
Sebab boleh bayangkan tak kalau kita makan macamana rupa bentuk muka kita.

Bila makan tu mesti sambil nak berbual kan,kalaulah tercekik atau tersedak?

Kalau makan tu pulak terpelanting udang kat muka prospek macamana.

Lepas tu makanan tu pula nanti terselit celah celah gigi.

Ada tu yang makan mulut pun ada musical(bunyi bunyi).

Ya Allah tolong la tutup mulut tu semasa makan dan mengunyah makanan.Cukup lah music yang ada kat radio dan tv tu jer.

Allahu Subhanallah banyak kan masalah boleh berlaku.

Jadi kita buatlah risk management jangan ambil risiko di atas.

Jangan terkejut sebab mulut kita yang ada music tu mereka tawar hati nak jadi client atau customer kita.

Tambahan pula kita nak cepat ada banyak lagi aktiviti nak di buat.

Jadi kita order air sahaja.Sila kita yang belanja ye.Jangan bill sampai kita buat buat tak nampak dan masa tu lah nak pergi toilet.

Krik krik krik.

Kak Long

Advertisements