pantang larang depan propek

PANTANG LARANG DEPAN PROSPEK 13

Jangan Tiru Gaya POYO ni.Please lah!!!

Hari tu masa buat audit live individu sementara tunggu prospek kak long berbual dengan my junior.
Tempat appointment tu satu shopping complex yang terletak di tengah tengah bandar KL tu.

Tiba tiba ada seorang brader ni umur dalam 50an terus meluru datang kat kiteorang.

Terus tanya dik dik oh dik.!
Tadika mana..tadika…tadika mana.
Amboi amboi brader ni ..
Salam pun tak ada , main terjah terus tanya tadika tadika tadika.

Junior kak long jawab …mana ada tadika bang dalam shopping complex ni.

Oh tadika tak ada ke…takpelah kalau macam tu, tadika tu tak ada tak apa .
Ni abang nak bagi kad ni.
Ambik lah business card ni.
Dia hulur satu.

Dia tengok kak long tapi kak long besarkan biji mata terus terbantut lah tu hasrat dia.

Mengucap panjang kak long tengok skill dia nak approach prospek guna gaya POYO tu.
Memang dia tak bagi pun kad dia pada kak long.

Macam dia tahu tahu je kak long banyak up tajuk business card.

Allahu Akhbar

Zaman canggih ni jangan lah guna gaya POYO macam tu.
Tau lah nak tukar kad tapi asah la skill tu dulu.
Cuba guna benda yang relevant sikit dalam shopping complex tu.
Tanya surau ke,information counter ke atau lift.

Ya Allah Ya Tuhan ku.
Engkau tunjukanlah kepada brader tadika tu jalan yang lurus.

Atau kak long suspect brader tu yang nak masuk belajar kat tadika.

Kak Long

Advertisements