personal branding

PERSONAL BRANDING 2

PERSONAL BRANDING.

Kak Long nak cerita berkenaan celebriti fashion designer terkenal di tanah air iaitu RIZALMAN IBRAHIM.

Prinsip Falsafah Etika

5 tahun kebelakangan ini fashion industri kan macam di landa garuda.

Sebab adanya medium sosial seperti FB dan INSTA yang meletop letop.

Mak Jemah pun boleh buka online butik.

Boleh ada instant butik,ada pelbagai jenama dan aksessori dalam dua kerdipan mata.

Jenama tudung sampai dah tak terkira,jenama baju macam tu juga.

Dari orang marhaen sampai la golongan artis semua ada baju brand sendiri.

Dulu jenama boleh kita kira dengan jari tetapi sekarang tak cukup jari tangan kita kira, masuk pula jari kaki kita, tak cukup lagi pinjam jari tangan dan kaki kawan kawan kita,sampai jari jemari jiran kita pun terlibat sama.

Punyalah banyak.
Meletop letop Ibarat kalau kita nak memilih tu kena main baling dadu nak pilih brand mana satu.

Sekarang kak long tanya mana semua brand tu pergi,menyorok,tersorok atau tersontot.

Sebab inilah yang Rizalman highlightkan.

Antaranya beliau berkongsi kisah tujuan penubuhan brand tu bukan sebab CINTA tetapi sebab terikut ikut TREND.

Bila online dah banyak sangat permintaan,ramai yang tak sabar nak pula buka butik, sendiri ada butik di alam nyata.

Masa tu pergi pula sewa kedai,sampai buat RENOVATION vogue vogue, tapi tak kira costing pula.

Bila trend berubah kita dah panik sebab stok banyak lagi tak habis.

Trend cepat berubah terutama trend tudung inovasi ada tiruvasi pun ada.

Bila customer minta nasihat sikit dah tak tau nak jawab sebab semua baju tu ready made beli dari China dan tudung pun beli pukal.

Pengalaman tentang kain seperti

-jenis material
-kualiti kain
-ketahanan kain.

Semua maklumat tu kita tak ambil tahu.

Yang mana kain yang sejuk ,yang dingin,yang sesuai untuk cuaca di Malaysia ni pun banyak yang tak lepas nak bagi nasihat.

Yang kita tahu cuma NAK UNTUNG dan JANJI TERJUAL.

Yang KITA tahu nak glamour sekelip mata.

Kita pun join fashion show, yang semua model pakai baju ready made,reka sikit sikit, touch up sikit,jahit dah siap.

Semua ni INSTANT macam nescafe 3 in 1.

Bila orang tak nak gula lebih, atau susu lebih atau nescafe lebih, dah tak tahu nak ADJUST.

Perkara ini banyak orang terlepas pandang.
Semua nak mudah dan take things for granted.

Melepas batuk di tangga.
Sama macam tak buat homework.

Akibatnya semua dah hilang tenggelam dah pupus dalam industri.

Siapa yang masih bertahan dalam industri fashion tanah air pun boleh di kira dengan jari.

Yang bertahan adalah mereka yang betul betul buat Homework.

Yang mencintai kerjaya mereka hingga ke tulang sum sum dan titis darah terakhir.
Yang tau semua selok belok material,perkembangan industri dan banyak lagi kemahiran yang di miliki.

Begitulah perbezaan yang sangat ketara antara yang masih bertahan dan yang dah JIUN.

Tengok Rizalman pula semakin gah di persada tanah air dan di pelosok dunia.

Bila kita sebut Rizalman Ibrahim apa yang singgah di fikiran kita.

Itulah personal branding beliau.

Yang nyata semua yang indah indah sahaja.

:
Kak Long

Advertisements