personal branding

PERSONAL BRANDING 3

PERSONAL BRANDING VS MARKETING
321/1000

Sejak kak long menulis ni banyak betul neuron neuron kak long bersambung dek soalan masing-masing yang macam taraf PHD.

Terima kasih sebab bertanya CikPuan Shahliza Sukiman.Beliau seorang remiser.Ya Allah heaven dapat berkenalan dengan beliau.

Beliau nak tahu perbezaan personal branding dan marketing.

(Personal branding)

Personal branding ialah cara orang melihat kita,dunia melihat kita berdasarkan apa yang kita percaya,disiplin dan kebaikan yang kita tonjolkan.

IMEJ KITA VALUE KITA PRINSIP KITA.

Bila marketing pula cara kita marketkan diri kita,cara kita promotekan diri kita nak bagitau dunia apa yang kita ada.

Tak sama cara pendekatan ini.Jauh berbeza tapi ada kekeliruan di situ.

(Marketing diri.)

Kita boleh marketkan dan bercerita apa sahaja kepada dunia tentang kita ,tentang kehidupan kita,tentang produk kita dan sebagainya.

Kita boleh tonjolkan diri dan mencari publisiti di media sosial atau media cetak atau media elektronik.

Contoh mudah marketing yang di buat oleh Qu Puteh di Astro,Billboard dan banyak lagi kan.
Cara pengasas nak bagitau berkenaan produk dia,apa yang beliau promotekan dan lifestyle beliau.

Penceritaan yang beliau kongsikan dalam TV ,majalah dan sebagainya ini adalah marketing.

Tapi apa pula tanggapan kita kepada beliau ini adalah personal branding beliau.

Tanggapan kita kepada beliau ada bermacam macam rupa.

Bila kita tanya 10 orang berkenaan beliau mesti jawapan tu tak sama.

:
Kak Long

Advertisements