personal branding

PERSONAL BRANDING 4

SPEAKING ENGAGEMENT
320/1000

Dalam personal branding ada banyak komponen komponen.

Salah satu komponen adalah speaking engagement.

Nak di ulas nanti dalam 100pages.

Jadi kak long pendekkan untuk semua faham.

Mudah faham dan cepat faham.

Speaking engagement ni adalah image yang kita bentuk untuk orang lebih mengenali kita.

Kita bercakap di khalayak ramai berkenaan TOPIK yang kita mahir dan arif.

Kita mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut.

Jadi kalau ada Q&A session taklah kita macam cicak tertelan kapur .

Bila ada pertanyaan selamba kita jawab.Semua dalam otak jadi mulut kita lancar dalam bersoal jawab.

Sebab semua itu adalah daripada pengalaman kita sendiri.Kita dah lalui.

Jadi untuk kita meningkatkan personal branding kita ini adalah salah satu cara kita boleh menonjolkan diri.

Kita yang mencari peluang untuk bercakap di event event yang lebih formal.

Atau boleh juga pihak lain yang buat tawaran kepada kita untuk berucap.

Jadi kalau nak bercakap pun terkemut kemut,yes sir no sir one two zom lebih baik la kita diam diam,kita cari cara lain nak menonjolkan diri kita.

Ini sebagai menjawab soalan Cikpuan Kuzie Kudin yang sekarang mungkin tengah bersarapan di kampung halaman.

:
Kak Long

Advertisements