sales tips

BAGAIMANA NAK APPROACH PROSPEK KALI PERTAMA
189/1000

Yang bertanya ni sahabat lama kak long semenjak 1989.
CtHaida Ikiedaz Isa

Jawapan Kak Long

Ikut medium apa kita gunakan untuk approach mereka.

Samaada kita menggunakan
FB
TELEPHONE CALL
FACE TO FACE

Zaman sekarang wajib kita gunakan permission marketing.

Maknanya educate mereka dengan information mengenai industri,perniagaan & produk kita

Mereka yang akan bertanya kepada kita dengan lebih lanjut.

Kita boleh mulakan dengan berkongsi tips dan panduan.

Buatkan mereka sedar kita wujud dalam dunia ini.

Contoh jika kita menggunakan FB sebagai medium pemasaran perkara pertama yang perlu adalah personal branding.

Kebanyakan daripada kita sendiri malu nak letak kita ni buat apa.

Contoh kalau kita buat networking title kita pun tak di masukkan di fb.

Branding dan positioning kita tak kuat.

Masih banyak berkaitan dengan tajuk Personal Branding.

Kalau terus face to face cara kita approach pula dengan banyak cara.

Antaranya kita bertanya prospek apa pendapat mereka tentang industri yang kita ceburi.

Pernah kah mereka mendengar nama produk kita.?

Semuanya berkenaan open ended questions.

Skrips setiap pendekatan adalah berbeza.
Banyak sangat juga nak di huraikan.

Setakat ini dahulu.

:
Kak Long