personal branding

PERSONAL BRANDING 18

PERSONAL BRANDING

Bila kita baca prinsip-prinsip yang di kongsikan oleh FB Founder
Mark Zuckerberg
(mungkin ramai yang tidak membaca).

Value dan Purpose penubuhan FB adalah terbit dari idea untuk berhubung dengan kawan-kawan kolej di Harvard sahaja dan mula merebak ke beberapa kolej lain pula.

Tujuannya supaya mereka saling berhubung dengan cara yang lebih efektif dan beretika.

Perhubungan ini mesti di bina di atas dasar-dasar yang betul.

Maksudnya.

Gambar profile kita mesti yang betul bukan FAKE

Nama kita mesti nama sebenar bukan nama glamour

Setiap maklumat mestilah yang sahih dan yang benar belaka.

Team Fb mempunyai polisi yang mana kita boleh report setiap aktiviti yang tidak beretika ,akaun palsu dan misleading supaya tidak menjadi nanah dalam masyarakat.

Jika kita lihat prinsip dan etika penubuhan yang di buat oleh team FB adalah etika yang di anjurkan oleh Rasullullah SAW.Nabi junjungan kita ,nabi kesayangan kita.

Cuma kak long terkilan maklumat yang sangat simple dan asas dalam berkawan-kawan pun ramai yang masih tidak nampak LOGIK di sebalik requirement daripada team FB .

Masih ramai yang menggunakan nama glamour yang tak glamour langsung pun dan gambar yang nampak sipi-sipi.

Sebab apa?

Di sini pun kita dah failed! Menampak gaya mungkin kita macam founder skim cepat kaya.

Begitulah persepsi orang terhadap diri kita.Kita yang membuka ruang untuk orang tidak mempercayai kita.

Bab ini sudah banyak kali kak long sentuh begitu juga dengan mentor-mentor,sifu.puan guru,tuan guru dan golongan profesional yang lain.Gunakan nama dan gambar kita yang betul.

Ini permulaan personal branding kita.

Kak Long

Advertisements