personal branding

PERSONAL BRANDING 26

PERSONAL BRANDING

Sejarah Personal Branding

Kak long nak cerita sikit sejarah personal branding.

Sebenarnya personal brand ni dah wujud dari beribu-ribu zaman dahulu.

Kalau kita membaca bukti sejarah tamadun islam banyak nama nama besar yang mencipta kegemilangan dengan sikap kepimpinan yang tiada tandingan.

Contoh nama-nama besar dalam sahabat sahabat Nabi SAW yang mashyur sehingga kini.

Saidina Abu Bakar Al Siddiq
Saidina Omar Al Khattab
Saidina Osman Al Affan
Saidina Ali bin Abi Talib

Termasuklah Rasulullah SAW sendiri.
Malah kehebatan dan personal branding rasullullah di nobatkan sebagai
“No1 The most influential people in the world”-by Micheal H.Hart.

Sehingga sekarang keperibadian baginda dan para sahabat masih di sebut sebut dan masing masing mempunyai kekuatan dan keunikkan mereka tersendiri.
Mereka semua unik dan mempunyai identiti tersendiri.

Begitu jugalah kita yang mencipta kebaikan dan juga memberi kebaikan tanpa henti dan bayangkan kalau kita sudah tiada dalam dunia ini apa yang orang lain akan katakan tentang kita.

Cuba kita ambil sehelai kertas dan tuliskan apa yang kita nak dengar dari mulut orang lain berkenaan kita.

Kita berusaha ke arah itu.

Dan kak long percaya semuanya yang kita nak dengar adalah semua mengenai kebaikan.

:
Kak Long

Advertisements