personal branding

PERSONAL BRANDING 29

PERSONAL BRANDING

Personal branding kita adalah mengenai…

Apa yang orang ingat dan cakap mengenai kita.

Bukan apa yang kita cakapkan.

Kita boleh bercakap apa sahaja mengenai kita.

Tetapi belum tentu orang ingat apa yang kita cakapkan.

Contoh cerita mengenai FB kita ,macam macam cerita kita kongsikan.

Cuba kita tanya dan interview 5 orang sahabat kita hari ini.
Tanya mereka apa yang mereka boleh katakan tentang kita.

Dan feedback inilah “PERSONAL BRANDING KITA”.

Korang kena tabah kalau member bagi feedback contoh

+Kau suka selpie duck face bila kau nak pulangkan muka tu kat itik.Kesian itik tu tak ada muka dah.

+Kau suka syok sendiri.

+Aku tak tahu kau ni jual apa sebenarnya fb kau ni macam rojak pasemboq penang mari.

+Kau ni penyambut tetamu
(Sebab status kita selalu ucapkan selamat pagi,selamat tengahari,selamat petang, selamat malam,apa khabar,hati-hati memandu)

+Macam kau sorang je ada muka(sebab asyik berselfie)

+Macam kau seorang ada husband(asyik up gambar husband)

+Kau lupa nak guna sejadah ke(sebab kita suka royan royan)

+Riak kau tu tolonglah simpan sikit(sebab selalu kongsi branded things atau lifestyle)

Kalau kita dapat feedback ni boleh juga lah menyorok dalam almari untuk 3hari.

:
Kak Long

Advertisements