rapport

Lesson 6.Rapport— Bila Umur Prospek di Hujung Senja Nan Indah

Bila prospek atau client yang kita jumpa dah sebaya nenek atau atuk kita..

Bestkan kalau ada prospek macam ni.Bila diorang ni dah berumur kita mesti fikir duit diorang banyak.Harta banyak.Tapi kita kena ingat kalau kita ni ejen yang kurang power yang ala ala ejen 1 bintang… krik krik krik memang telan air liur la kita nak suruh diorang sign up.

Ada ramai yang jadi blur bila berhadapan dengan prospek yang dah berumur ni.Tak tau nak cakap apa.Topik apa pun kita rasa semua macam tak sesuai .Takkan kita nak cerita topik bershopping pula atau cerita pergi Universal Studio Singapore,Disneyland Hong Kong atau kita syok sendiri cerita pasal kereta,rumah ,bab bab shopping pula.

Habis nak buat apa ni?

Bila kita nak bina kepercayaan dan jadi kesukaan mereka senang je kita borak borak je pasal famili,pasal anak anak ,anak cucu cicit,pasal impian diorang,tanya juga pada mereka apa yang mereka suka buat masa lapang,negara mana mereka dah lawati, negara mana yang mereka teringin nak pergi,banyak ke tidak impian mereka dah tercapai..

Nak tahu mereka suka ke tidak kita cakap bab tu pun senang je indicator dia.Tengok mata mereka kalau shining shining like a diamond tu maknanya mereka suka,muka mereka blushing macam pakai blusher tu maknanya mereka suka.

Jangan la pulak mereka dah mengalirkan airmata tersedu sedu menangis kita ni masih juga cerita bab yang sama .Isshh what a life la yer.

Ok nampak tak tu gaya ejen 5 bintang tacle hati Elderly.

Chaiyok…

Advertisements