sales tips

Minta Lain Buat Lain Dapat Lain.

Doa kita setiap masa mesti ada pasal murah rezeki kan ..Standard la tu.Kak Long pun.
Kalau tak berdoa bab rezeki ni rasa macam tak lengkap pulak.Macam ada yang tak kena.

Jom tengok contoh doa kita

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat.
Ya Allah segala pujian hanya lah untuk mu.KepadaMu sahaja aku meminta.Engkaulah Pelindungku,Penjagaku dan Penolongku.

Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kurniakanlah rezeki yang baik yang halal yang melimpah ruah yang mengalir deras dan yang berkat kepada ku.
Engkau permudahkan lah aku close sales banyak banyak hari ni Ya Allah .
Aku nak achieve target bulan ni.
Ya Allah, dah nak tutup contest dah ni Ya Allah.
Aku nak capai pergi London,Prague dan Australia Ya Allah .
Dah lama teringin nak main salji dan tengok kanggaroo dan poket kanggaroo Ya Allah.
Makbulkan lah permintaan ku Ya Allah.

Camtu lah kan lebih kurang doa tu.Dah doa korang mana kak long tau detail.

———

Pastu tengok apa yang kita buat pulak.

Keluar rumah business card tak bawak.

“Alamak card i dalam beg komputer i lah”

Jumpa orang nak bagi business card cakap “Alamak business card i tertinggal lah”

“Alamak business card i dalam bag lain lah”

Form pulak bawak tak cukup.Prospek 5 orang bawak 3 form jer.Korang nak suruh prospek tu buatkan fotostat tuk kita ke.

Kalau yang sign on ipad tu pulak bateri habis-mana back up plan.

Pen tetiba pulak habis ink.Kita nak letak muka kat mana kalau terpaksa pinjam pen prospek.

Ni siapa yang menzalimi diri sendiri ni?

Korang rasa Allah nak bagi apa yang kita mintak tu…
Tengok la perangai kita nak buat sales pun cincai cincai je.

Conflict la dik doa kita dengan apa yang kita buat tu tak sama.

Pastu malam hari “berani mati” kita mengadu dengan Allah kenapa Allah tak bagi sales lagi.

Aishhhh.

Advertisements