business card

Lesson 17

Nama Glamour Atas Business Card.

Kak Long tahu la kita ni minat pelakon hollywood & bollywood.

Sebab fanatik sangat dengan diorang ni kita pun letak nama tu atasbusiness card kita.

Contoh sebelum nama kita ..kita letak nama glamour ni…

Johnny..Ben..Jimmy….Zack

Nikki..Chloe..Pamela…Salena..

Risiko kalau prospek tahu dan syak itu nama samaran kita memang dia akan close mind dia untuk berurusan dengan kita.
Tak kisah lah kita promote produk atau perkhidmatan apa pun sebab dalam minda prospek kita ni tak JUJUR dan TAK AMANAH.

Bayangkan kalau deal kita pula nak close million million atau ratus ribu atau puluh ribu ..kita rasa prospek tu akan percaya dengan kita?

Dalam minda prospek ..if anything happen to my investment mana i nak cari you.. walaupun kita ada pihak yang memantau kita sebagai agent memang diorang takkan pilih kita.

Sebab apa ..sebab prospek nampak kita tak JUJUR.

Kita patut bangga dengan nama yang parents kita anugerahkan kepada kita walaupun nama kita SEKUNTUM BUNGA MELATI BIN ROS.

Letak je….

Advertisements