business card

Lesson 23  Business Card— budaya negara lain.

Jika kita berurusan dengan prospek yang berpotensi dari luar negara lain sila rajin buat kajian dulu.Buat homework.Tiada istilah pukul rata.

Contoh budaya orang jepun dalam bertukar tukar kad.

Mereka mengambil kad dengan kedua belah tangan

Tiada alasan langsung untuk menggunakan sebelah tangan.

Membongkokkan sedikit badan ke hadapan.

Saling bertanya khabar dan berbual bual mengenai business masing-masing.

Bongkok lagi bongkok lagi barulah duduk sambung lagi berbual bual.

Langsung tidak boleh menulis apa apa nota di atas kad.

Kad di hulur bersih dan kad di ambil bersih tanpa apa apa nota.

Itu pantang larang mereka.

Lain negara lain caranya.

Lain padang lain belalang.

P.S

Negara jepun mempunyai kursus khas untuk BUSINESS CARD.Yuran pula beyond our imagination.Tak tercapai dek akal.
Tak percaya ke.
Boleh bertanya terus dengan tuan yang mempunyai ayah angkat di sana tuan Abdul Rashid Abdul Manaf kita.

Kak Long.

Advertisements