Siapa Kak Long

Memulakan langkah pertama dalam bidang jualan sekitar tahun 1996 selepas tamat belajar di Insitut Perdagangan Mara Kuala Lumpur dalam bidang Accounting.

Pekerjaan pertama adalah di Cement Industries di Negeri Sembilan dan dalam bidang account.Inilah satu satunya pekerjaan bahagian admin yang kak long pernah buat.

Selepas itu kesemua pekerjaan kak long adalah berkaitan dengan bidang jualan dan pemasaran sehinggalah sekarang.

Pernah bekerja di TV3 ,Mega TV ,Highland Hotel,beberapa buah syarikat Event Management,syarikat pelancongan,syarikat hartanah dan banking and financial industries.

Kak Long juga mempunyai lesen dalam bidang unit trust dan juga takaful.

Setelah begitu lama berkecimpung dalam bidang jualan sekitar tahun 2006 kak long telah menubuhkan syarikat SALES CONSULTING sendiri dan bergerak sebagai penasihat di bahagian jualan dalam beberapa syarikat di dalam negara dan juga luar negara yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Sehinggalah sekarang masih meneruskan pekerjaan dalam bidang CONSULTING .

Menulis di FB dan Blog adalah perkara dan keseronokan terbaru yang di temui atas niat ingin berkongsi cerita dengan semua.

Maka terciptalah blog “CERITA  KAK LONG”.

Semoga terhibur dengan cerita kak long.

Kak Long.

Shah Alam Feb 2017

Advertisements
cerita kewangan

NAK INVEST KAT MANA

Dalam negara kita ni memang ada banyak pilihan untuk invest duit kita.
Banyak betul pilihan.Cuma kita perlu tanya diri kita boleh ke kita menguruskan risiko dan absorb risiko.Setiap investment ada risiko tersendiri .Setiap investment pun best.Selain dari pulangan biasanya kita tengok risiko.

⭕High risk high reward
⭕Low risk low reward

Ok kita fokus kat mana boleh nak invest dulu .

💲Amanah Saham Bumiputera (ASB)
💲Tabung Haji
💲Unit Amanah
💲Koperasi – bukan semua ada peluang ni.
💲Hartanah
💲Saham di Bursa Malaysia
💲Simpanan Emas sama ada fizikal atau buku simpanan
💲Simpanan Perak fizikal atau buku simpanan

Tak kisahlah anda nak invest kat mana pun.Semua investment pun ada kekuatan masing-masing. Yang paling penting sekali pastikan Investment anda ada ciri-ciri di bawah ni

✅Diiktiraf oleh Bank Negara
✅Diiktiraf oleh SC
✅Ada pemegang amanah-trustee
✅Patuh syariah-islamic
✅Pengurus dana profesional
✅Ada prospectus
✅Ada laporan tahunan
✅Ada audit

Barulah betul- betul selamat dari skim pelaburan tersontot yang mashyur tu.😝😝

“Happy Investing”

sales tips

Adat menjual
———————-

+Sales person akan kata produk dia yang terbaik

+Lagi haru kalau sales person kata produk dia No 1-(ni siapa yang iktiraf ni )

+Sales person kata syarikat dia sahaja yang ada offer ni syarikat lain tak ada.

Adat la tu dah nak menjual tapi macam tak syariah compliance pula kalau main cakap cakap kan.
Tak baik TIPU.—-DOSA–

Kita sebagai pelanggan ini janganlah terus percaya macam tu bulat bulat.
Suruh salesperson tu tunjukkam bukti untuk support kenyataan yang dia orang buat tu.

Sebab apa?

Sebab kita berhak dapatkan yang perkhidmatan atau produk yang TERBAIK.

Kalau kita ni buat sales pula..
silalah kita SUKA bawa bukti-bukti dakwaan kita tu bersama sama.

Cara ini akan lebih meyakinkan prospek anda dan InsyaAllah boleh close on the spot..dan yang paling penting kejujuran.

Kak Long.

cerita kewangan

DNA WAJIB PELABURAN YANG SAH

Pastikan apabila kita memilih tempat untuk melabur ,tempat itu mempunyai DNA seperti di bawah

Annual report
Prospectus
Trustee
Audit Report
Financial statement
Syariah advisor
Fund manager

Ini “hanya ada” pada pelaburan yang sah di Malaysia seperti

➡Unit Amanah dari pihak swasta
➡Unit Amanah dari kerajaan-ASB,ASN,
Amanah Saham Didik.
➡Tabung Haji
➡EPF

Senang untuk mengenali Skim Cepat kaya kerana Skim ini tidak mempunyai ciri ciri keselamatan seperti di atas.

cerita pengajaran kak long

Hidup jangan bermata lalat.

Maksudnya…

Bila kita nak attack kawan kawan kita yang mungkin kita nampak tak berapa nak syariah compliance dari segi perbuatan atau penulisan di dalam FB.

Kak Long cadangkan macam ni..

Sebelum jari kita ni rasa nak tulis perkataan yang akan buat kawan kita tu SENTAP luangkan masa kita scroll scroll 20 ke 30 posting dulu.Kita baca dan kita dapatkan gambaran keseluruhan dan baru kita buat kesimpulan.

Samaada kawan fb kira tu terlampau MAT SALLEH style atau ada juga kebaikannya menulis sesuatu POSTING walaupun tak semua setiap kali posting tu ISLAMIC.

Posting kawan kita tu mungkin 10 kali posting baru 8 posting gaya MAT SALLEH yang 2 posting lagi berunsur islamic.

Ini tidak…..kita pula sound kawan kita cara nak buat posting ikut selera kita.

Islamic ke kita kalau kita buat macam tu.

Gaya seorang leader adalah gaya seorang KING yang tidak cepat menghukum.

Leader juga mempunyai mata helang yang melihat keseluruhan dengan gambaran yang besar.

Semoga di jauhkan kita dari bermata lalat.Asyik nampak keburukan.Baru baca satu posting dah nak sound.Sound kawan kita tu pulak dalam komen.Kan tak manis.

Kalau kita beradab dan bertamadun tinggi kita boleh sound kawan kita tu dengan menekan button pm.
PM tu stands for private message bukan untuk PRIME MINISTER.Jangan risau kalau kita guna button tu bukan Dato Seri Najib yang dapat mesej tu.

Itu antara fungsi best sangat pasal pm button.

Boleh kan pm pm pm .

Kak Long.