sales tips

PENAMPILAN.

Kita yang dalam bidang sales atau berbusiness ni penampilan memang sentiasa kena jaga.
Pastikan tip top even nak beli buah tomato di kedai runcit sekali pun.

Ada yang kak long tengok kaum hawa ni pergi kedai pun pakai baju kelawar.😜
Kesian kelawar dah tak ada baju.
Kalau terjumpa prospek idaman macamana.

Kena selalu cantik macam kita depan husband atau wife kena rapi dan sejuk mata memandang.

Yang perempuan invest la dalam pakaian dan penampilan wajah.

Ini muka kita macam hantu kak limah lepas tu jumpa prospek .Rasa rasa boleh tak close sales tu.Di situ pun dah ada banyak point prospek tak nak kita jadi advisor mereka.

Wajah kita sendiri pun tak boleh jaga jadi macamana nak jaga investment dia orang.

Muka pucat lesi bibir kering terkoyak sana sini lepas tu nak berniaga.

Kan Allah suka cantik cantik dan bersih.

Penampilan tip top kan boleh dapat pahala.

Bukan nak suruh dressing macam artis dan make up pakai bulu mata palsu macam Che Ta tu pun.

Touch up sikit sikit nampak bersih rapi dan menyenangkan mata yang memandang.

.
Kak Long

Advertisements