cerita kak long

NIKMAT ALLAH
421/1000

Kak Long nak cerita berkenaan nikmat Allah ni.Kebetulan ni kak long nak cerita berkenaan mata.

Allahu nak mulakan cerita pun dah rasa sedih.

Dulu kak long guna contact lense yang ada power sebab senang nak drive.

Ada satu hari tu kak long kat luar memang betul betul panas terik.

Kak long attend wedding anak client.
Duduk bawah kemah dalam pada tu dah rasa mata tak selesa ,dah berair air.

Bila dah masuk dalam kereta terjerit jerit nak bukak contact lense tu sebab dah sakit.
Akhirnya berjaya juga bukak.

Tapi sepanjang petang tu tak selesa.Akhirnya pergi klinik.Malam tu nak tidur pun tak boleh.Mata rasa nak tercabut,nak tidur gaya macamana pun memang tak selesa.
Rasa bengkak dan rasa berpasir pasir mata tu.
Duduk pun tak selesa,nak berjalan pun tak boleh nak pijak lantai sebab berdenyut denyut mata urat saraf semua.

Hubby call doktor tu datang rumah pula,tambah macam macam ubat lagilah.
Doktor nak buka mata kak long, even nak letakkan jari dia pun tak boleh.
Air mata ni macam empangan pecah bila nak cuba di bukak.Memang tak boleh usik langsung.
Anak anak pun cakap betapa bengkaknya muka kak long sebab masa tu kak long memang dah totally blind.

Memang sebijik macam orang buta.Pergi toilet berpimpin semua kena ada pertolongan.

Doktor tak bagi kenakan air pada mata tapi kak long tak peduli jugak sebab kak long nak juga ambil wudhu.
Niat nak sembah Allah memang buat juga.Mesti Allah lindungi mata kak long.

Tapi nak di ceritakan pengalaman kak long yang buta seminggu ni memang menakjubkan dan menakutkan at the same time.

Menakjubkan sebab sepanjang seminggu tu kak long hilang selera makan,makan paling banyak 3 suap, lepas tu automatik rasa kenyang.Makan sekali sehari tu je.

Menakutkan sebab rumah tak boleh buka langsir walau seinchi.
Sebab tak boleh kena cahaya walaupun sikit, cahaya tu macam boleh rasa ada,sebab kak long akan tau walaupun tak nampak cahaya tu.
sebab akan rasa sakit kat mata berdenyut denyut.
Hubby cepat cepat tempahkan langsir yang kain memang tebal giler.

Menakjubkan sebab pendengaran kak long jadi lebih terang dan sensitif,even anak anak kaklong bercakap berbisik pun kak long boleh dengar.

Menakjubkan sebab solat sunat memang banyak, yang terlampau banyak buat,sebab banyak masa.
Kan dah tak boleh tengok apa apa pun dan tak boleh nampak Al Quran juga,so solat dan zikir sebagai ganti.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh nampak wajah wajah kesayangan,dah tak boleh tengok mereka sennyum ,hanya boleh dengar suara sahaja.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh jumpa prospek.Tak boleh dah nampak senyuman mereka.Dah tak boleh ada eye contact.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh nampak kebesaran Allah,tak boleh nampak makhluk ciptaan Allah.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh baca Al Quran dan membaca apa apa buku,apatah lagi buku favourite kak long.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh menulis lagi nota nota di buku dan di fb.

Menakutkan sebab dah tak boleh tengok muka parents kak long.

Bersambung.

Advertisements