cerita kak long

NIKMAT MATA.
429/1000

Sambungan cerita nikmat mata yang pernah hilang.

Sejak kejadian hilang penglihatan mata selama seminggu tu kak long mula menghitung nikmat Allah ini iaitu nikmat mata.

Sebelum ini memang la ada rasa syukur tu tapi tak pernah menggali dan duduk memikirkan sedalam dalamnya.

Biasalah take things for granted.

Semoga menjadi peringatan kepada semua.

Mata Allah kurniakan untuk kita harap lah kita gunakan semua ke arah kebaikan.

Tengok perkara yang baik baik dan halal sahaja.

Jaga mata.

Ingat nak buka kelopak mata yang ringan tu guna kudrat kita ke.

Mungkin kita ingat ye kita gunakan kudrat kita.But let me share with you ,it is not kita punya kudrat langsung.

Nak buka mata kita tu memang dengan izin Allah.

Lahawlawalaquwwataillabillahilalliyulazim.

Kak long dah rasa betapa kerdilnya kita bila nak buka kelopak mata yang ringan tu tak boleh nak buka pun.
Tak bergerak sedikit pun kelopak mata tu walau kak long gerakkan sekuat tenaga.

Keluar air mata darah pun kelopak mata tu tak bergerak.

Kelopak mata tu dah la kecik dan ringan tetapi ada beratus juta otot otot kecil dan saraf untuk sokong kelopak mata tu.

MasyaAllah nikmat mata ni rasanya orang yang dah pernah celik—- jadi buta—- dan celik semula—- je yang boleh nilaikan dan berikan value.

Macam case kak long ni,kak long dah lalui dan sekarang ni nampak apa pun setakat ni rasa syukur tak pernah terlepas lagi dari hati kak long ni.😩

Just an idea how we should feel bless.Kita patut bersyukur

1.dapat tengok dunia ciptaan Allah.

2.dapat tengok warna warna dunia ni.

3.dapat tengok semua makhluk ciptaan Allah.

4.dapat tengok Al Quran dan baca sekaligus bertaddabbur.

5.dapat tengok kaabah dan 3 masjid utama umat islam tak lupa semua masjid dalam dunia.

6.dapat membaca buku dan bahan bacaan yang lain.

7.dapat menulis dan mengarang.

8.dapat menggunakan komputer,ipad,iphone,smartphone dan tengok TV rancangan favourite kita.

9.dapat tengok muka orang yang di sayangi dan melihat pembesaran mereka dari mereka lahir sampai lah mereka dewasa.

10.dapat tengok muka wife,hubby dan parents dapat tengok senyuman dan tangisan mereka.

11.dapat tengok ekspressi muka orang sekeliling kita.

12.dapat tengok tulisan di sosial media dan kita boleh reply.

13.dapat tengok muka prospek,customer atau client.

14.dapat menghadiri pelbagai event event penting dalam hidup kita.

Ini cuma sebahagian nikmat sahaja yang kak long kongsikan dengan semua.

Nikmat allah mana kita boleh nak hitung.Memang tak terhitung.Kalau dakwat dari 7lautan dan tambah lagi 7lautan pun tak habis nak tulis nikmat Allah kan.

Jadikan hari ini dan hari seterusnya nikmat Allah ini kita syukuri setiap masa.

Korang macamana pula,pernah listkan tak nikmat Allah.
.
Kak Long

Advertisements