cerita kak long

414/1000

Kajian menunjukkan 53% kesetiaan pelanggan dan client untuk membeli lagi dan lagi (customer loyalti)adalah di sebabkan SALES EXPERIENCE.—pengalaman membeli.

Pengalaman membeli dengan kita akan melekat di hati mereka.

Bukan di sebabkan oleh faktor seperti

Brand

Harga

Produk

Syarikat

Faktor di atas ini sumbangan nya adalah sangat sedikit.

Jadi bila kita nak menjual berilah pengalaman yang best best kepada prospek kita.

:
Kak Long

Advertisements
cerita kak long

NIKMAT ALLAH
421/1000

Kak Long nak cerita berkenaan nikmat Allah ni.Kebetulan ni kak long nak cerita berkenaan mata.

Allahu nak mulakan cerita pun dah rasa sedih.

Dulu kak long guna contact lense yang ada power sebab senang nak drive.

Ada satu hari tu kak long kat luar memang betul betul panas terik.

Kak long attend wedding anak client.
Duduk bawah kemah dalam pada tu dah rasa mata tak selesa ,dah berair air.

Bila dah masuk dalam kereta terjerit jerit nak bukak contact lense tu sebab dah sakit.
Akhirnya berjaya juga bukak.

Tapi sepanjang petang tu tak selesa.Akhirnya pergi klinik.Malam tu nak tidur pun tak boleh.Mata rasa nak tercabut,nak tidur gaya macamana pun memang tak selesa.
Rasa bengkak dan rasa berpasir pasir mata tu.
Duduk pun tak selesa,nak berjalan pun tak boleh nak pijak lantai sebab berdenyut denyut mata urat saraf semua.

Hubby call doktor tu datang rumah pula,tambah macam macam ubat lagilah.
Doktor nak buka mata kak long, even nak letakkan jari dia pun tak boleh.
Air mata ni macam empangan pecah bila nak cuba di bukak.Memang tak boleh usik langsung.
Anak anak pun cakap betapa bengkaknya muka kak long sebab masa tu kak long memang dah totally blind.

Memang sebijik macam orang buta.Pergi toilet berpimpin semua kena ada pertolongan.

Doktor tak bagi kenakan air pada mata tapi kak long tak peduli jugak sebab kak long nak juga ambil wudhu.
Niat nak sembah Allah memang buat juga.Mesti Allah lindungi mata kak long.

Tapi nak di ceritakan pengalaman kak long yang buta seminggu ni memang menakjubkan dan menakutkan at the same time.

Menakjubkan sebab sepanjang seminggu tu kak long hilang selera makan,makan paling banyak 3 suap, lepas tu automatik rasa kenyang.Makan sekali sehari tu je.

Menakutkan sebab rumah tak boleh buka langsir walau seinchi.
Sebab tak boleh kena cahaya walaupun sikit, cahaya tu macam boleh rasa ada,sebab kak long akan tau walaupun tak nampak cahaya tu.
sebab akan rasa sakit kat mata berdenyut denyut.
Hubby cepat cepat tempahkan langsir yang kain memang tebal giler.

Menakjubkan sebab pendengaran kak long jadi lebih terang dan sensitif,even anak anak kaklong bercakap berbisik pun kak long boleh dengar.

Menakjubkan sebab solat sunat memang banyak, yang terlampau banyak buat,sebab banyak masa.
Kan dah tak boleh tengok apa apa pun dan tak boleh nampak Al Quran juga,so solat dan zikir sebagai ganti.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh nampak wajah wajah kesayangan,dah tak boleh tengok mereka sennyum ,hanya boleh dengar suara sahaja.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh jumpa prospek.Tak boleh dah nampak senyuman mereka.Dah tak boleh ada eye contact.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh nampak kebesaran Allah,tak boleh nampak makhluk ciptaan Allah.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh baca Al Quran dan membaca apa apa buku,apatah lagi buku favourite kak long.

Menakutkan sebab kak long dah tak boleh menulis lagi nota nota di buku dan di fb.

Menakutkan sebab dah tak boleh tengok muka parents kak long.

Bersambung.

cerita kak long

NIKMAT MATA.
429/1000

Sambungan cerita nikmat mata yang pernah hilang.

Sejak kejadian hilang penglihatan mata selama seminggu tu kak long mula menghitung nikmat Allah ini iaitu nikmat mata.

Sebelum ini memang la ada rasa syukur tu tapi tak pernah menggali dan duduk memikirkan sedalam dalamnya.

Biasalah take things for granted.

Semoga menjadi peringatan kepada semua.

Mata Allah kurniakan untuk kita harap lah kita gunakan semua ke arah kebaikan.

Tengok perkara yang baik baik dan halal sahaja.

Jaga mata.

Ingat nak buka kelopak mata yang ringan tu guna kudrat kita ke.

Mungkin kita ingat ye kita gunakan kudrat kita.But let me share with you ,it is not kita punya kudrat langsung.

Nak buka mata kita tu memang dengan izin Allah.

Lahawlawalaquwwataillabillahilalliyulazim.

Kak long dah rasa betapa kerdilnya kita bila nak buka kelopak mata yang ringan tu tak boleh nak buka pun.
Tak bergerak sedikit pun kelopak mata tu walau kak long gerakkan sekuat tenaga.

Keluar air mata darah pun kelopak mata tu tak bergerak.

Kelopak mata tu dah la kecik dan ringan tetapi ada beratus juta otot otot kecil dan saraf untuk sokong kelopak mata tu.

MasyaAllah nikmat mata ni rasanya orang yang dah pernah celik—- jadi buta—- dan celik semula—- je yang boleh nilaikan dan berikan value.

Macam case kak long ni,kak long dah lalui dan sekarang ni nampak apa pun setakat ni rasa syukur tak pernah terlepas lagi dari hati kak long ni.😩

Just an idea how we should feel bless.Kita patut bersyukur

1.dapat tengok dunia ciptaan Allah.

2.dapat tengok warna warna dunia ni.

3.dapat tengok semua makhluk ciptaan Allah.

4.dapat tengok Al Quran dan baca sekaligus bertaddabbur.

5.dapat tengok kaabah dan 3 masjid utama umat islam tak lupa semua masjid dalam dunia.

6.dapat membaca buku dan bahan bacaan yang lain.

7.dapat menulis dan mengarang.

8.dapat menggunakan komputer,ipad,iphone,smartphone dan tengok TV rancangan favourite kita.

9.dapat tengok muka orang yang di sayangi dan melihat pembesaran mereka dari mereka lahir sampai lah mereka dewasa.

10.dapat tengok muka wife,hubby dan parents dapat tengok senyuman dan tangisan mereka.

11.dapat tengok ekspressi muka orang sekeliling kita.

12.dapat tengok tulisan di sosial media dan kita boleh reply.

13.dapat tengok muka prospek,customer atau client.

14.dapat menghadiri pelbagai event event penting dalam hidup kita.

Ini cuma sebahagian nikmat sahaja yang kak long kongsikan dengan semua.

Nikmat allah mana kita boleh nak hitung.Memang tak terhitung.Kalau dakwat dari 7lautan dan tambah lagi 7lautan pun tak habis nak tulis nikmat Allah kan.

Jadikan hari ini dan hari seterusnya nikmat Allah ini kita syukuri setiap masa.

Korang macamana pula,pernah listkan tak nikmat Allah.
.
Kak Long

cerita kak long

CERITA PENGALAMAN KAK LONG

 

BE WISER

Pengalaman banyak mengajar kita menjadi matang dan bijaksana.

Ini bagi sesiapa yang hendak maju akan belajar dari pengalaman.

Pengalaman is the Best Guru.

Tetapi ramai juga yang tidak mengambil iktibar.

Jaga jaga takut kalau pepatah ini terkena pada kita

“You will get older but not necessarily WISER”.

Ramai yang bertanya kepada Kak Long apakah kategori skim cepat kaya.

Ini prinsip Kak Long.Setiap investment itu…..

“WAJIB ada TRUSTEE dan BERLESEN dari BNM” .FULL STOP.

Tidak perlu di adun menjadi pelangi dan berwarna-warni.
Memasukkan orang orang kenamaan,keluar masuk TV,ke bulan ke bintang berganding dengan pihak terbilang.

Itu semua wayang.

Yuran kepandaian ini BUKAN MURAH harganya yang Kak Long bayar.