cerita kewangan

CERITA KEWANGAN

Cerita pengajaran dari kisah syarikat GENEVA sebuah syarikat emas trading yang bertukar menjadi pelaburan SCAM.

Pada mulanya perniagaan emas yang di jalankan oleh syarikat ini adalah betul.

Beli emas dan kita dapat emas.Ini cara yang betul.Emas di tangan kita.

Untuk pengetahuan semua emas juga adalah barang kawalan yang di kawal ketat oleh BANK NEGARA MALAYSIA kerana ia adalah rezab kerajaan dan setiap kedai emas atau syarikat yang berurusan dengan emas harus mempunyai lesen dan di penawarannya adalah di kawal oleh kerajaan.

Apa yang terjadi dengan GENEVA adalah permintaan sudah pun melebihi penawaran.

Sangat ramai yang ingin memiliki emas tetapi emas fizikal tersebut telah habis atau pun BNM tidak lagi menambahkan kouta.

Dan juga emas yang di beli oleh pembeli tidak mempunyai tempat yang selamat untuk di simpan.

Peti simpanan atau safety box di bank bank dan syarikat swasta telah habis penuh di booking.

Kebanyakkan pembeli bertanya kepada syarikat GENEVA tersebut, adakah syarikat boleh menyimpan bagi pihak pembeli yang membeli dengan amount yang agak banyak.

Di tambah pula dengan permintaan yang melambung tinggi sedangkan emas tu tiada lago dalam simpanan mereka.

Di sinilah pihak syarikat GENEVA mula menjadi tamak dan membuat tawaran yang mereka boleh menyimpan emas tersebut dan memberikan dividen bulanan kepada pembeli

Objektif asal yang legal lama kelamaan menjadi illegal.

Semakin ramai yang mengikut kaedah ini di pasaran yang menawarkan dividen bulanan.

Maka ia adalah SCAM.!!!

Sila jadi lebih bijak nanti jangan cari bucu katil menangis teresak esak.

.

Kak Long

Advertisements