cerita kewangan

601/1000
CERITA KEWANGAN
EMAS vs UNIT TRUST(unit amanah)
Nota 1

Ada beberapa orang yang bertanya kepada kak long recently mana lagi best melabur dalam emas atau unit trust dalam keadaan ekonomi sekarang.
Pertanyaan yang terbaru kak long dapat dari CikPuan Fathma Erma.
Kak long akan menjawab persoalan ini di atas license yang kak long ada dalam bidang kewangan.
Kak long akan pecahkan kepada banyak sub topik supaya jawapan ini dapat kak long berikan secara menyeluruh.
NOTA 1.—KONSEP MASA
Konsep pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dalam apa juga instrumen yang kita pilih.
Maksud jangka masa panjang adalah 5 tahun ke atas.
5 tahun ke atas adalah satu jangka masa yang sangat ideal untuk melihat perubahan dari segi perkembangan pelaburan kita.
Ia mula membuahkan hasil seperti kita mula nampak perbezaan dari segi capital gain atau kenaikan harga.
Kenapa 5 tahun paling minimum?
Ini kerana di awal pelaburan kita dikenakan service charge dalam pelaburan samaada emas ataupun unit trust.
Dalam emas kita panggil SPREAD iaitu perbezaan harga belian dan juga harga jualan.
6%-10% lebih kurang kadangkala menjangkau lebih dari ini.
Dalam unit trust kita panggil service charge kebiasaan di antara 5%-6.5%.
Biasa untuk tahun pertama dan kedua kita baru cover untuk service charge yang di kenakan ini dan tahun seterusnya kita baru menjana keuntungan.
Musuh utama dalam apa apa juga pelaburan adalah MASA.
Lebih pendek masa yang kita sasarkan lebih tinggi risiko yang kita terdedah.
Untuk meminimumkan risiko masa sebab itu kita kena berfikiran setiap pelaburan adalah untuk jangka masa yang panjang.
Nota khas.
Emas yang di bincangkan adalah emas khas untuk pelaburan dan bukannya emas untuk perhiasan
Bersambung

Advertisements