cerita kewangan

PERBEZAAN TEMPAT SIMPANAN DAN PELABURAN.

Ramai yang merungut berkenaan dengan pulangan yang mereka dapat dari dua pihak ini iaitu TABUNG HAJI DAN EPF.

Kebiasaan tempat SIMPANAN yang menjadi pilihan ramai ialah TABUNG HAJI dan EPF.

Nampak tak ayat Kak Long tu merujuk kepada TH dan EPF ialah “SIMPANAN”.

Kenapa di panggil SIMPANAN bukannya PELABURAN.

1.Tujuan kerajaan mewujudkan tempat SIMPANAN ini adalah untuk memastikan kita ada tempat SIMPANAN KHAS untuk kita menunaikan haji dan persaraan kita nanti.

2.Pulangan yang di berikan adalah lebih kurang inflasi tahunan yang berlaku di Malaysia.

Contoh inflasi 5% dan dividen juga 5% maka keuntungan yang sebenar adalah 0%.

Tempat ini adalah tempat berisiko untuk kita mengharapkan PULANGAN YANG TINGGI.

3.Kedua dua tempat ini bukanlah tempat untuk kita mengharapkan pulangan yang tinggi antara 10% dan ke atas.

Ia di reka bukan untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

Kedua-dua tempat ini adalah tempat SIMPANAN khas.

Jika kita mendapat return yang lebih daripada kadar inflasi,ini ialah BONUS buat kita.

Sebab itu kita harus pandai dan berilmu untuk mencari tempat yang sebenar-benarnya bertujuan untuk PELABURAN seperti UNIT AMANAH yang di jamin selamat dan di iktiraf oleh BNM.

Manakala takaful pula adalah tempat untuk PERLINDUNGAN.
Jangan mengharap adanya cash value,saving dan pelaburan pula.

.
Kak Long

Advertisements